Kaedah Bayaran
Kami menyediakan kaedah mudah, berkesan dan selamat untuk anda membuat
pembayaran. Kesemua kaedah ini tidak melibatkan penyimpanan maklumat
peribadi kewangan anda di laman web kami. Oleh itu anda tidak perlu risau
akan keselamatan pembayaran tersebut kerana ianya dijamin oleh bank-bank
berkenaan yang sememangnya berpengalaman dan mempunyai tahap
keselamatan yang tinggi.
"Bagi rakyat Malaysia, anda digalakkan memilih bayaran menggunakan bank
tempatan iaitu Maybank, Alliance atau Bank Islam. Bayaran boleh dilakukan
menggunakan Online Banking, di kaunter bank atau di mesin ATM. Selepas
pembayaran, sila emailkan kami No Order, Jumlah Bayaran & Tarikh bayaran,
agar pesanan anda akan cepat diproses"
Sebagai alternatif, rakyat Malaysia boleh juga menggunakan Wang Pos, atau
pindahan dari bank anda ke mana-mana akaun bank kami.

Malaysia
1. Maybank
* Maybank2U Online Banking
* Mana-mana kaunter Maybank
* Mesin ATM Maybank
Kaedah ini adalah yang paling mudah dan paling ramai digunakan di Malaysia.
Untuk pelanggan di dalam negara, anda boleh membuat pembayaran melalui
internet secara online, di mana-mana mesin ATM atau kaunter Maybank.
Walaupun anda tiada akaun Maybank boleh membuat pembayaran di kaunter
atau di mesin ATM Maybank. Butiran akaun untuk pembayaran akan diberikan
setelah pesanan lengkap dibuat.
Untuk warga Brunei, Singapura dan Indonesia, pembayaran boleh juga dibuat
di cawangan Maybank disana.
http://www.maybank2u.com
2. Bank Islam Malaysia
pustakaazhar.com juga menerima pembayaran melalui Bank Islam Malaysia.
Anda boleh membuat pembayaran melalui Bank Islam Online atau di mana-
mana kaunter Bank Islam. Sila emailkan Tarikh, Waktu dan Jumlah
pembayaran setelah membuat pembayaran untuk kami sahkan yang wang
pembayaran tersebut adalah dari anda.
http://www.bankislam.com.my/
3. Bank Alliance Malaysia
pustakaazhar.com juga menerima pembayaran melalui Bank Alliance Malaysia.
Anda boleh membuat pembayaran melalui Bank Alliance Online atau di mana-
mana kaunter Bank Alliance. Sila emailkan Tarikh, Waktu dan Jumlah
pembayaran setelah membuat pembayaran untuk kami sahkan yang wang
pembayaran tersebut adalah dari anda.
http://www.alliancebank.com.my/
4. Wang Pos
Untuk anda yang tidak mempunyai mana-mana bank akaun di atas, boleh
menggunakan Wang Pos dari Pos Malaysia. Anda hanya perlu ke pejabat pos
berdekatan dan membeli Wang Pos tersebut. Setelah itu, namakan
pembayaran Wang Pos kepada penerima pustakaazhar.com, dan poskan kepada
kami. Namun, kaedah ini adalah lebih lambat, kerana kami akan menunggu
anda menghantar Wang Pos tersebut, dan seterusnya menunaikan Wang Pos
tersebut sebelum membuat penghantaran pesanan anda.
Baca lengkap mengenai wang pos di sini...

Antarabangsa
Setiap pesanan yang akan dibayar menggunakan matawang selain dari Ringgit
Malaysia, hendaklah menggunakan matawang EURO. Sila lakukan perubahan
kepada matawang buku-buku dengan menggunakan pilihan "Tukar Matawang"
(yang pertama pada menu sebelah kanan). Selepas "Euro" dipilih, sila tekan
"change currency". Pertukaran kepada matawang EURO akan berlaku secara
automatik kepada ke semua buku menggunakan kadar terkini dari "European
Central Bank" - http://www.ecb.int/stats/eurofxref/eurofxref-daily.xml
Pertukaran ini juga akan berlaku kepada semua kos yang terlibat, contoh: kos
penghantaran.
1. PayPal
Kaedah yang terkenal dalam dunia jualbeli di Internet. Juga merupakan
kaedah yang selamat dan dan paling cepat. Anda perlu mempunyai akaun dan
mendaftar terlebih dahulu.
Sesiapa sahaja boleh menggunakan Paypal, termasuk rakyat Malaysia atau
pelanggan dari negara jiran untuk membeli di pustakaazhar.com. Namun,
pembayaran menggunakan Paypal akan dikena caj sebanyak 5% dari jumlah
pembelian. Caj pengurusan ini adalah caj dari penerimaan wang Paypal &
lain-lain caj pengurusan.
Perhatian!!
Selepas anda mengesahkan pembelian di laman terakhir (Confirm order),
secara automatik anda akan dibawa ke laman web paypal untuk membuat
pembayaran ke akaun kami. Setelah pembayaran dilakukan di laman Paypal,
secara automatik juga, pembayaran anda disahkan di pengkalan data
pustakaazhar.com. Anda tidak perlu menghantar apa-apa bukti dari email,
kami akan terus poskan pesanan buku anda.
Kami menggunakan Paypal sebagai langkah alternatif yang berkesan dan
selamat yang membolehkan pelanggan kami menggunakan kad kredit (Visa,
Mastercard) serta kaedah kredit lain (Discover, American Express, Debit
Card, Electronic checks, GIRO) untuk membuat pembayaran dengan mudah
dan cepat & selamat.
Pembayaran akan dikesan secara automatik oleh Paypal dalam matawang
EURO.
https://www.paypal.com![]()



