Tajuk : Amalan Mustajab & Murah Rezeki
Pengarang : Nurhafidz Abdullah
Penerbit : Pustaka Azhar
Muka Surat : 162
Harga : RM10.00
ISBN : 9789833092079
Tiada manusia yang tidak mempunyai atau dengan kata lain masalah hidup adalah perkara lumrah berlaku dalam kehidupan setiap manusia. Cuma yang membezakannya adalah samada masalah itu besar atau kecil, berat atau ringan. Sebagai seorang muslim, agama kita yang mulia telah menyediakan pelbagai cara dan tindakan serta doa yang mustajab bagi menyelesaikan segala masalah hidup.
Buku ini mengandungi khasiat dan kegunaan pelbagai surah dan ayat yng mustajab yang terdapat didalam Al-Quran serta diiringi dengan doa-doa untuk mencapai pelbagai hajat samada untuk diri, keluarga dan untuk orang yang memohon pertolongan kita. Tujuan penyusunan buku ini sebenarnya bertujuan untuk memberi jalan keluar kepada muslimin yang ingin membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat yang disertai dengan khasiat dan kegunaan yang bersifat ‘sifat’ manfaatnya. Dan sekiranya khasiat tersebut tidak segera dapat dirasakan ketika didunia, namun amalan itu tetap mendapat ganjaran diakhirat kelak.
Oleh itu kami berharap kiranya buku ini mendatangkan manfaat kepada pembaca yang mengamalkannya. Pada waktu yang sama, kami pun berharap agar mendapat pahala dari Allah dari kerja dan usaha menyusunnya bagi memudahkan pembaca beramal dengannya.


