Anda berada di:: Penghantaran
 
 

Penghantaran

E-mail Cetak PDF

Penghantaran Pesanan

Kami membuat penghantaran buku hampir ke seluruh dunia. Melalui penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia, anda mempunyai pilihan mengikut jenis penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan serta bajet anda.

Cara yang paling sesuai untuk mengetahui kos penghantaran adalah dengan memilih buku dan terus ke langkah-langkah pembelian. Web pustakaazhar.com dilengkapi dengan pengkalan data, yang mampu mengira kos penghantaran berdasarkan berat buku secara automatik ke kebanyakan negara-negara dunia. Sila baca di sini cara-cara membeli bergambar, sekiranya anda masih tidak mempunyai pengalaman membeli secara online...

Di sini anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Jangan bimbang, anda tidak lagi membeli secara sah. Cuma mendaftar sahaja. Dalam langkah ke-2 di Proceed to Checkout (cara penghantaran), anda boleh melihat kos penghantaran yang ditawarkan.

Sekiranya shipping method tidak muncul semasa checkout, berkemungkinan negara di alamat anda (/Penerima) masih belum ada di dalam database kami. Anda hanya perlu hubungi kami untuk menambahnya. Kami akan memberikan bantuan yang diperlukan.

Kami cuba memberikan anda pilihan penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan serta dalam lingkungan bajet anda. Jenis penghantaran ini adalah yang ditawarkan oleh Pos Malaysia. Di sini kami memberikan anda perbandingan supaya dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih jenis penghantaran tersebut.

Seluruh Malaysia

Jenis Penghantaran
(Dalam Negara)
Bungkusan (Pos Biasa) Poslaju
Anggaran masa diterima (ETA) - Selangor / Kuala Lumpur: 2 ke 3 hari
- Di antara Negeri Semenanjung: 4 ke 5 hari
- Sabah / Sarawak : 7 hari    
- Selangor / Kuala Lumpur: 1 hari
- Lain-lain Negeri Semenanjung serta Sabah & Sarawak: 2 ke 3 hari
Kos Murah Berpatutan
Bukti Penghantaran Tiada Ada
Jejak & Kesan (Tracking) Tiada Ada

  Antarabangsa      

Jenis Penghantaran (Antarabangsa) Bungkusan
(Surface Parcel)
Bungkusan Udara
(Air Parcel)
Poslaju
Anggaran masa diterima (ETA) 1 hingga 2 bulan 2 hingga 3 minggu Sehingga 5 hari
Kos Murah Berpatutan Mahal
Jejak & Kesan (Tracking) Hanya di Malaysia Ada Ada
Tips - Sekiranya masa tidak memainkan peranan - disarankan menggunakan penghantaran ini - Sangat Cepat
*Anggaran masa mengikut hari : Adalah mengikut perkiraan hari bekerja, yakni tidak termasuk hujung minggu serta cuti-cuti.


Untuk mengetahui kos penghantaran secara terperinci (selain dari *langkah MUDAH seperti diatas), anda boleh menggunakan sistem pengiraan kos penghantaran dari Pos Malaysia disini iaitu dari laman web http://www.pos.com.my

Cukai dan Duti
Sila pastikan samada negara yang anda duduki mengenakan cukai atau tidak. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda perlu membayar cukai semasa menerima barangan anda.

Penghantaran terperinci.
Kami akan mengambil masa 2 - 3 hari bekerja untuk memproseskan pesanan anda (juga bergantung kepada stok) selepas penerimaan pengesahan pembayaran. Proses ini melibatkan pembungkusan serta penghantaran ke pusat penghantaran kami. Pada masa yang tertentu, ia juga akan melibatkan pengumpulan pesanan sebelum ke pusat penghantaran (Penghantaran secara berkumpulan). Kami akan menjamin pesanan anda diproses secepat mungkin. Sekiranya terdapat apa-apa masalah, anda akan dihubungi secepat mungkin melalui emel.

Sila beri perhatian :

* Pastikan Alamat anda betul
* Pastikan Nombor Talipon terkini dan dapat dihubungi

Sekiranya alamat anda tidak tepat, kami memerlukan anda menanggung semula kos penghantaran untuk kali ke dua.
Kami akan memberikan nombor Jejak & Kesan (tracking) melalui sistem tempahan yang akan anda terima juga melalui emel yang digunakan semasa pendaftaran.

Sekiranya tidak terdapat kos penghantaran semasa checkout sila hubungi kami disini.

 
 
 
 

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

Pustaka Azhar
Azhar Book Center
5B-110B, Ground Floor,
Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda,
80350 Johor Bahru,
Johor

  • Tel :  +607 2210244
    FAX :+6072210243
    H/P   : 0197707365
  • Email: books@pustakaazhar.com
             : pustakaazhar@yahoo.com
  • Masa Berniaga ( Website )  Jam 8.00am-6.00pm

  • Kedai buka Isnin - Ahad : 8.00am - 10.00pm
Hubungi kami melalui borang online serta maklumat mengenai cawangan kami (KLIK DISINI)